Nabi Yusuf adalah putera ke tujuh daripada dua belas putera-puteri Nabi Ya'qub. Ia dengan adiknya yang bernama Benyamin adalah beribukan Rahil, saudara sepupu Nabi Ya'qub. Ia dikurniakan Allah rupa yang bagus, paras tampan dan tubuh yang tegap yang menjadikan idaman setiap wanita dan kenangan gadis-gadis remaja. Ia adalah anak yang dimanjakan oleh ayahnya, lebih disayang dan dicintai dibandingkan dengan saudara-saudaranya yang lain, terutamanya setelah ditinggalkan iaitu wafatnya ibu kandungnya Rahil semasa ia masih berusia dua belas tahun.
Pada waktu umat manusia
dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12
Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa
perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut
bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda
dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya
bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh
kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad,
nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Pertama-tama yang menggunakan setagi (setagen) ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar karena merasa sgt gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat.
11 Jendral Dengan Taktik Terhebat Di Islam
0 komentar Diposting oleh muhammad.yusuf.rochman di 19.561. Nabi Muhammad SAW.
Nabi dan Rasul
adalah manusia-manusia pilihan yang bertugas memberi petunjuk kepada
manusia tentang keesaan Allah SWT dan membina mereka agar melaksanakan
ajaran-Nya. Ciri-ciri mereka dikemukakan dalam Al-Qur’an,
